Selasa, 30 Oktober 2012

Maksud Disebalik Zikir - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahu Akbar, Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim


Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
 
1. Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.
Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.
 
 
2. Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
 
Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya, Insya Allah akan bertambah nikmatnya.
 


3. Lailahaillah
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
 
 
 
4. Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan.

Allah berfirman:
Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.


 
5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:

 Hadis 1

Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari." Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."
 
Hadis 2


 

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar,Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).


Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3




Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


 

Ahad, 28 Oktober 2012

BENARKAH ALLAH TIDAK BERTEMPAT?

 
Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu, mereka wajib mengenal dan mengetahui di mana Allah.  Pengetahuan ini akan membuat seseorang itu menghadapkan dirinya, hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.
            
Orang-orang yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau kesasaran kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan segala permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.
            
Terdapat banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit yang dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa wahyu itu turun dari langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu (Allah)"bertempat", iaitu Dia berada di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya.
 
           
Selain dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat sebenarnya di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit.  Sebahagian besar ahli bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan kononnya tidak mahu menserupakan Allah dengan makhlukNya lantaran kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal fikiran dan hawa nafsunya bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka kalaulah Allah bertempat pasti Ia berjisim dan menurut tafsiran mereka berjisim adalah sifat makhluk atau menyerupai makhluk.
 
Semua pendapat atau kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng, ia jelas amat bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih yang menjelaskan bahawa Allah itu di langit.  Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:
 
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ.
 
"Ya Tuhan kami!  Tuhan yang di langit Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi.  Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi.  Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh".
 
عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ.
 
"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya.  Dan pada riwayat yang lain:  Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
 
اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ.
 
"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)"
 
 
 
            Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" pada ayat ini ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana yang dapat difahami penjelasannya dari hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
 
اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.
 
"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy"
 
                Hadith di atas menjelaskan bahawa Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi Arasy atau langit.  Hadith ini semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:  
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
 
"Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy". Taha, 20:5
 
Ayat di atas ini dengan terang menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.
                
Di ayat yang lain Allah berfirman:
ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ.
 
"Dan Dia berkehendak menuju langit".  Al-Baqarah, 2:29.
 
Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah menuju langit dan Dia berada di atas langit yang menunjukkan keTinggianNya.  Menurut al-Baghawi rahimahullahdalam tafsirnya yang dinukil dari qaul Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma dan ramai lagi para mufassir salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang perkara tersebut (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى)“bersemayan di atas ‘Arasy dan ArasyNya di langit”  iaitu menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya keTinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya.
 
 
Perlu diketahui bahawa Allah mempunyai zat, perkataan yang seerti dengan kalimah “Zat” ialah “Jisim” Namun, zat atau jisim Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Sempurna dan paling Kamil tidak menyerupai zat atau jisim makhlukNya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menegaskan dengan firmanNya:
 
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
 “Tiada sesuatu yang menyerupaiNya”.
 
وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ
 “Dan tidak ada seseorangpun yang setara denganNya”.  Al-Ikhlas, 112:4.
 
 
 

Isnin, 22 Oktober 2012

KEBERSIHAN DALAM ISLAM



Bismillahirrahmanirrahim
 
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya“
QS Al A’la ayat : 14

Dalam Islam, kebersihan adalah bersifat global atau luas. Ertinya kebersihan itu meliputi semua aspek dalam Islam. Barangsiapa benar-benar dapat mengamalkan kebersihan yang global secara Islam ini maka oleh Allah mereka dijanjikan kemenangan baik di dunia terlebih lagi di akhirat.

Kebersihan menurut Islam paling tidak ada 8 peringkat, yaitu :

1. Kebersihan I’tiqad atau Akidah


Kebersihan dalam aspek ini adalah yang paling utama, yaitu kebersihan aqidah dari syirik atau kekufuran. Jangan sampai aqidah kita tidak bersih, baik kepada Zat Allah, Sifat Allah, maupun perbuatan-Nya. Seringkali kita terjebak secara tidak sadar dalam hal-hal kecil, dimana jika tidak kita pahami secara i’tiqad maka hal-hal kecil itu dapat menjerumuskan kita kepada syirik khafi ( halus ). Misalnya kita sering mengatakan, secara tidak sedar : “ Ijazah inilah yang akan mengubah nasibmu”, “Ubat ini yang telah menyembuhkan sakitku selama ini”, “Doktor telah confirm bahawa hidupnya tinggal 6 bulan lagi”, “Air minum ini dapat menghilangkan hausmu”, ”Andaikan semalam mereka tidak lewat sampai, pasti mereka tidak akan mengalami kemalangan maut itu”

Atau kita sering bimbang dengan rezeki kita, padahal selama kita masih hidup Allah telah menjamin rezeki kita. Atau kita tidak yakin dengan ketentuan Allah, kita tidak redha dengan apa yang Allah telah tentukan kepada kita.


2. Bersih dari sifat Mazmumah ( sifat jahat dalam hati )


Mazmumah ada 2 jenis yaitu mazmumah atau sifat tercela terhadap Allah dan mazmumah terhadap sesama manusia, yaitu
Antara penyakit hati (mazmumah ) terhadap Allah adalah :
Tidak khusyuk beribadah, Lalai dari mengingat Allah,Tidak yakin dengan Allah,Tidak ikhlas dengan Allah,Tidak takut pada ancaman Allah,Tidak harap pada rahmat Allah,Tidak redha akan takdir Allah,Tidak puas dengan pemberian Allah,Tidak sabar atas ujian Allah, Tidak bersyukur atas nikmat Allah,Tidak terasa diawasi Allah,Tidak terasa kehebatan Allah,Tidak rindu dan cinta dengan Allah,Tidak tawakal pada Allah,Tidak rindu pada syurga dan tidak takut neraka,Gila dunia, membuang waktu dengan sia-sia,Penakut (takut pada selain Allah),Ujub,Riya’,Gila pujian dan kemasyhuran

Sedangkan mazmumah terhadap sesama manusia diantaranya, adalah :
Benci membenci,Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan rasa sedih kalau dia berhasil,Medoakan kejatuhannya,Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya,Hasad dengki,Dendam,Bakhil,Buruk sangka,Tidak berlapang dada,Tiada ketenangan diri,Tidak tolong-menolong,Tamak,Degil dan keras hati,Mementingkan diri sendiri,Sombong,Tidak sabar dengan manusia,Memandang hina kepada seseorang,Riya’,Ujub,Rasa diri bersih


3. Bersih dari hawa Nafsu yang jahat


Kita mesti bersih dari nafsu yang jahat, sebab nafsu itu kalau kita ikuti, maka Allah akan menganggap kita bertuhankan nafsu. Tuhan berfirman, “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan?.” di firman yang lain Allah menyebutkan “ sejahat-jahat manusia adalah yang menuruti kehendak hawa nafsunya” .Nafsu adalah kehendak dalam diri manusia yang Allah ciptakan berupa fitrah, baik itu kehendak yang sesuai dengan syariat atau yang bertentangan dengan syariat. Kewajiban kita adalah membersihkan dan mendidik nafsu dari hal-hal yang melanggar syariat dengan cara melawan nafsu ( mujahadatun nafsi ) yang jahat diiringi dengan menyuburkan kehendak-kehendak yang sesuai dengan kehendak yang Allah redhai


4. Bersih dari segi lahiriah
 
 
Perkara yang lahiriah juga mesti terbebas atau bersih dari hal-hal yang makruh terlebih lagi yang haram.Iaitu kebersihan makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, rumah, tempat mandi/tandas, dsb


5. Kebersihan pergaulan

 
Ia bermaksud bersih dari terlibat pergaulan yang makruh atapun haram, bergaul bebas tanpa ada batasan syariat dsb.


6. Bersih di sudut ibadah


misalnya bersih dari 3 jenis najis,bersih dari najis aini dan najis hukmi. Wajib bersih juga dari hadas besar dan hadas kecil, dari hal-hal yang menjijikan seperti kotoran hidung, kotoran mata, kotoran telinga. Hidarkan sholat dengan pakaian yang tidak kemas dan rapi atau pakaian yang ala kadarnya, walaupun tidak najis tapi kita depan Tuhan. Bila mau bertemu raja saja, kita bersih, wangi, pakai make up sedangkan dengan Allah kita ala kadar sahaja. Secara tidak sedar kita sudah mengecilkan Tuhan atau tidak beradab dengan Tuhan.


7. Kebersihan akal dari ideologi


Zaman solafussoleh dahulu umat Islam tidak ada ideologi-ideologi atau –isme seperti saat ini. Ideologi adalah cara atau sistem hidup yang direka oleh manusia yang tidak ada kaitannya dengan wahyu. Bersih dari Ideologi ertinya jangan kita jadikan ideologi sebagai pegangan, sebagai agama,sebagai cara hidup.Tanpa terkecuali, seperti komunis, nasionalis, kapitalis, sosialis, demokrasi dsb. Sebagai ilmu tidak mengapa belajar ideologi, tapi jangan kita jadikan sebagai pegangan hidup. Karena hanya Islam saja merupakan sistem hidup yang diredhai Allah. Begitu juga ekonomi kita, pendidikan kita, hendaklah bersih dari sekulerisme, dari riba, penindasan, terutama pendidikan mesti bersih sebab pendidikan sangat mencorak jiwa peribadi dan pendirian kita. Jangan sampai pendidikan kita bercorak sekular.

Diantara yang berbahaya dalam pendidikan sekular yaitu mengesampingkan Tuhan, Allah tidak dimasukkan dalam setiap program pendidikan atau pendidikan tidak dikaitkan dengan Yang Maha Pencipta. Walaupun yang dipelajari perkara yang halal, akan tetapi akan jadi hasilnya menjadi haram bila Allah ditinggalkan atau dikesampingkan. Kita mungkin bertanya, “apa salahnya saya belajar matematik, sastera, sejarah,ekonomi,sains?” Jawabannya, Tidak salah. Jadi salahnya dimana? Salahnya iaitu jika itu semua tidak dikaitkan dengan Allah atau mengesampingkan Allah. Jadi dikarenakan tidak dikaitkan dengan Allah, ilmu-ilmu yang tidak salah tadi menjadi salah.Kenapa? Sebab jika mengesampingkan Allah maka sains jadi Tuhan, matematik jadi Tuhan, walaupun tidak menyebut itu Tuhan. Side effect-nya juga ialah semakin maju peradaban, semakin canggih teknologi, semakin gagah pembangunan material maka semakin rosak akhlak dan moral manusia, semakin banyak terjadi kejahatan dan peperangan, dsb

Wahyu Allah yang pertama kali turun kepada Nabi Muhammad adalah : “iqra’ bismi rabbikal ladzi khalaq…”( bacalah dengan nama Tuhanmu..)


8. Bersih dari adat


Sekedar belajar adat tidak mengapa, tapi jangan dijadikan sebagai pegangan. Sebab Islam itu sudah syumul / lengkap / sempurna. Misalnya pembagian harta waris. Di beberapa darah, perempuan mendapat harta lebih banyak dari lelaki bahkan ada yang semua diberikan pada perempuan. Boleh jadi orang yang kawin dengan perempuan dari daerah itu secara tidak sadar dia makan harta haram. Masih banyaklagi contoh adat yang tidak sesuai dengan syariat. Jangan sebut adat bersendi syariat, sebut saja syariat, karena itu adalah dua hal yang berbeda, adat merupakan ciptaan manusia sedangkan Islam adalah dari Allah.


Jadi kebersihan menurut Islam, menurut kehendak Allah itu bersifat global. Marilah kita mengukur diri kita. Mungkin kita sudah menjaga kebersihan akidah dan ibadah, tapi pendidikan, ekonomi, akal dan pergaulan belum bersih. Atau misalnya walaupun tidak ikut ideologi, tapi kalau kita membesarkan dan memuja akal, pergaulan kita masih bebas, ekonomi masih terlibat riba dan kapitalis artinya kita belum bersih juga.

Agama Islam hendaklah bersih dalam semua aspek. Kita dapat melihat diri kita hanya bersih dalam beberapa aspek saja. Yang lain belum tentu. Itupun misalnya di sudut ibadah, setelah diperiksa rumah-rumah kita, belum bersih. Tempat Solatnya, bilik mandinya, tandasnya, bilik tidurnya dsb

Yang disebut tadi yang besar-besar. Sebenarnya luas sekali ISO Allah tentang kebersihan ini. Tentang kebersihan ini pun kita masih gagal, sedangkan dalam ajaran Islam kebersihan sangat penting. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh menjaga kebersihan dalam semua aspek untuk mendapat kemenangan di dunia dan Akhirat. Semoga Allah menilai usaha kita nanti. Amin.
 
 


Ahad, 21 Oktober 2012

7 GOLONGAN YANG MENENTANG QIAMUHU BINAFSIH



Berikut merupakan antara golongan yang menentang Qiamuhu Binafsih:
 
1) Kafir Nasrani
Mereka telah mengubah kitab Injil yang asli. Diantaranya ialah sifat-sifat Allah. Mereka mengatakan bahawa Tuhan itu trinitas, yakni gabungan tiga oknum (penggabungan antara ayah, anak dan roh kudus), tiga jirim/jauhar. Antaranya:

- Jelmaan wujud menjadi Allah
- Jelmaan ilmu menjadi putra (Isa)
- Jelmaan hayat menjadi Ruhul Quddus (Jibril)

Surah Al-Maidah (5) Ayat 13 membuktikan kesalahan kafir Nasrani:
"(Tetapi) kerana mereka (orang-orang Nasrani) melanggar janji, Kami kutuk perbuatan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras seperti batu. Mereka telah mengubah firman Allah dari tempat-tempatnya (Injil asli), dan mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang telah diperingatkan kepadanya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat sifat khianat mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak khianat)."

Daripada ayat tersebut jelas menunjukkan mereka menyimpang dari ketentuan Qiamuhu Binafsih. Mereka beranggapan bahawa Allah rangkaian tiga jirim.

Pendapat kafir Nasrani ini didakwakan oleh Allah kepada Nabi Isa AS:
"Wahai Isa! Apakah umatmu diperingatkan untuk menyembahmu? Dengan spontan Nabi Isa menolak: Ya Allah ! Maha Suci Engkau, aku tidak pernah mengatakan sedemikian."

Kisah ini dijelaskan lagi didalam Surah Al-Maidah (5) Ayat 116 bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Allah berfirman: Wahai Isa putra Mariyam! Apakah kamu mengatakan kepada manusia; jadikan aku dan ibuku tuhan selain Allah?. Isa menjawab, Maha Suci Engkau, tidak patut bagiku mengatakan yang bukan haq. Jika aku pernah mengatakan hal tersebut, maka sudah tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, dan aku tidak tahu apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui kepada perkara ghaib."


2) Kafir Bathiniyyah
Mereka mengatakan bahawa Allah tidak bersifat Qiamuhu Binafsih kerana Allah berada dalam tubuh badan manusia, sehingga menghilangkan syari'at Islam. Ini kerana komando perintah Allah bergantung kepada kemahuan manusia itu sendiri. Perintah Allah yang ada di dalam Al-Quran turut mereka simpangkan kepada yang sesuai dengan nafsunya, seperti perintah solat. Mereka mengatakan cukup dengan niat sahaja, zakat bermaksud membersihkan diri dari sifat-sifat yang kotor dan sebagainya.
 
3) Kafir Falasifah
Mereka mendakwa alam ini Qadim dan Allah terdapat didalamnya. Pergerakan alam bererti pergerakan Allah juga. Aqidah ini adalah dibawah puak kafir Ibaniyah, Dahriyah, Safsathoh atau materialisme dan komunisme.
 
4) Kafir Mujasimah
Yang mengiktikadkan bahawa Allah itu berdiri dengan kakinya dibumi dan kepalanya di 'Arasy, berbentuk orang muda atau orang-orang tua.
 
 

 
5) Kafir Mujasimah Nuroniyah
Yang mengiktikadkan bahawa Allah adalah sinar langit dan bumi. Mereka mengiktikadkan dengan firman Allah Surah An-Nur (24) Ayat 35:
"Allah adalah cahaya langit dan bumi" sedangkan ayat sebenarnya ialah "Allah yang menyinari langit dan bumi"
 
6) Kafir Karomiyyah
Golongan ini dinamakan Karomiyyah kerana ketuanya adalah "Ibnul Karom". Mereka adalah sebahagian dari yang ke-22 golongan Syi'ah. Mereka mengiktikadkan bahawa Allah itu bertempat di arasy dan ada juga mengatakan bahawa Allah menitis.
 
7) Kafir Yahudi
Mereka menganggap bahawa Allah itu mempunyai anak lelaki iaitu Uzair, hanya hayat Allah dipegang oleh Allah sendiri, sedangkan ilmunya dipegang oleh Uzair sebagai anak lelaki, dan kekuasaanya dipegang oleh Malaikat. Pendapat ini adalah ubahan dari kitab Taurat yang asli, sepertimana dijelaskan didalam Surah At-Taubah (9) Ayat 30 bermaksud:
 



"Dan orang Yahudi berkata bahawa Uzair itu adalah anak Allah"

 
 
Apabila seseorang itu beranggapan bahawa Allah itu ada di atas (arah), tapi mengiktikadkannya atas ma'nawi bukan hissi, maka orang tersebut tidak termasuk kafir. Hanya disebut sebagai mukmin Jahil.
 
Dan apabila ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai kedudukan di Arasy-Nya sebagai realisasi pembekuan kata "Istiwa", dan tidak mengiktikadkan bahawa Allah tidak bertempat, maka Ulama Salaf berpendapat ini tidak dikira kufur. Ia hanya dosa besar.


Sumber: Komunitas Muslim
 
   
 
 

Sabtu, 20 Oktober 2012

PENGERTIAN DAN DALIL ALLAH BERSIFAT QIAMUHU BINAFSIH



(1) Pengertian Qiamuhu Binafsih

Qiam membawa maksud berdiri. Binafsih bermaksud dengan sendirinya. Maka, Qiamuhu Binafsih bererti berdiri dengan sendirinya. Menurut Ulama Tauhid, ia tidak boleh dimaksudkan sedemikian kerana makna tersebut memberi kesan terhadap sesuatu yang pada mulanya tidak ada, kemudian menjadikannya sendiri untuk ada, dimana hal tersebut adalah mustahil.
 
Erti Qiamuhu Binafsih disini ialah wujudnya Allah dengan zat-Nya yang mengandungi 2 maksud:
(a) Wujudnya Allah tidak memerlukan tempat
(b) Wujudnya Allah tidak memerlukan zat lain untuk menciptakannya
 
Dalam erti Allah tidak memerlukan tempat, ini bukan bermakna tempat Allah tidak tentu, bukan juga tidak mempunyai tempat, tetapi tidak memerlukan tempat untuk 'duduk'. Ini kerana, barang yang bertempat perlu terikat dengan kata-kata; depan, belakang, kanan, kiri dan sebagainya.
 
 
(2) Dalil Sifat Qiamuhu Binafsih
 
DALIL AQLI
Dalil yang menunjukkan wujud dan hidupnya Allah, tidak memerlukan tempat dan zat lain yang diciptakan ialah:
 
(a) Apabila Allah dikatakan memerlukan kepada yang menciptakan, sudah tentu hal ini akan mengakibatkan masalah Daur dan Tasalsul, hal ini mustahil bagi Allah. Maka Allah tetap Qiamuhu Binafsih.
 
(b) Apabila Allah dikatakan memerlukan tempat, samada berbentuk 'Mahal' atau 'Makan', sudah tentu Allah berbentuk Jauhar atau 'Arodh (yakni benda baru yang memerlukan pencipta). Maka hal ini mustahil bagi Allah dan Allah tetap Qiamuhu Binafsih.
 
DALIL NAQLI
Dalil yang menunjukkan Allah bersifat Qiamuhu Binafsih:
 
(a) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut (29) Ayat 6:


"Sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu apapun dari alam semesta"

(b) Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) Ayat 255:


"Allah,tiada tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia yang tetap hidup,yang kekal selama-lamanya mentadbir(sekalian makhluk)"



 

PENGENALAN QIAMUHU BINAFSIH




Bismillah Ar-rahmaan Ar-rahiim.
Di antara sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat “Qiamuhu Binafsihi”. Maksudnya ialah Allah berdiri dengan sendiri-Nya. Berdirinya Allah tidak bergantung kepada tempat atau zat. Allah juga tidak memerlukan pencipta, kerana Allah itu sendiri pencipta alam semesta ini.
Allah itu wujud, dan kewujudan Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk. Perihal berkaitan “WUJUD” diterangkan di dalam kitab “Syarah Shawi ‘ala Jauharatut Tauhid” (seperti dalam gambar dibawah) karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Maliki Ash-Shawi halaman 154.
 
kitab “Syarah Shawi ‘ala Jauharatut Tauhid”
halaman 154
 
Wujud itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1) مستغن عن المحل و المخصص معا
Ertinya: Kewujudan yang tidak memerlukan tempat atau zat dan sang pencipta, iaitu Zat Allah.

2) ومستغن عن المخصص فقط

Ertinya: Kewujudan yang tidak memerlukan sang pencipta sahaja, yakni sifat-sifat Allah. 

3) ومفتقر للمخصص فقط

Ertinya: Kewujudan yang memerlukan sang pencipta iaitu zat-zat makhluk (alam semesta).

4) ومفتقر لهما

Ertinya: Kewujudan yang memerlukan zat dan sang pencipta, iaitu sifat-sifat makhluk (alam semesta).
 
Dalil dibawah membuktikan bahawa Allah tidak perlu kepada tempat atau zat:
لو احتاج الى محل لكان صفة, و لو كان صفة لم يكن متصفا بصفات المعانى والمعنوية, والفرض أنه متصف بها, و الا لما وجد العالم , فبطل كونه صفة و ثبت كونه ذاتا

Ertinya: Seandainya Allah itu perlu kepada tempat atau zat, maka Allah itu sifat. Sedangkan, seandainya Allah itu sifat, maka Allah itu tidak kesifatan dengan sifat-sifat “Ma’ani dan Ma’nawiyah”. Padahal sesungguhnya Allah itu kesifatan dengan sifat-sifat tersebut (Ma’ani dan Ma’nawiyah). Dan seandainya Allah itu tidak kesifatan dengan sifat-sifat tersebut, maka sesungguhnya tidak akan ada alam semesta. Dengan demikian, batallah atau tidak benar adanya Allah itu sifat, dan tetap atau benarlah adanya Allah itu Dzat.
 
Semoga bermanfaat :)
 
Sumber : Jundu Muhammad