Sabtu, 20 Oktober 2012

PENGENALAN QIAMUHU BINAFSIH




Bismillah Ar-rahmaan Ar-rahiim.
Di antara sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat “Qiamuhu Binafsihi”. Maksudnya ialah Allah berdiri dengan sendiri-Nya. Berdirinya Allah tidak bergantung kepada tempat atau zat. Allah juga tidak memerlukan pencipta, kerana Allah itu sendiri pencipta alam semesta ini.
Allah itu wujud, dan kewujudan Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk. Perihal berkaitan “WUJUD” diterangkan di dalam kitab “Syarah Shawi ‘ala Jauharatut Tauhid” (seperti dalam gambar dibawah) karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Maliki Ash-Shawi halaman 154.
 
kitab “Syarah Shawi ‘ala Jauharatut Tauhid”
halaman 154
 
Wujud itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1) مستغن عن المحل و المخصص معا
Ertinya: Kewujudan yang tidak memerlukan tempat atau zat dan sang pencipta, iaitu Zat Allah.

2) ومستغن عن المخصص فقط

Ertinya: Kewujudan yang tidak memerlukan sang pencipta sahaja, yakni sifat-sifat Allah. 

3) ومفتقر للمخصص فقط

Ertinya: Kewujudan yang memerlukan sang pencipta iaitu zat-zat makhluk (alam semesta).

4) ومفتقر لهما

Ertinya: Kewujudan yang memerlukan zat dan sang pencipta, iaitu sifat-sifat makhluk (alam semesta).
 
Dalil dibawah membuktikan bahawa Allah tidak perlu kepada tempat atau zat:
لو احتاج الى محل لكان صفة, و لو كان صفة لم يكن متصفا بصفات المعانى والمعنوية, والفرض أنه متصف بها, و الا لما وجد العالم , فبطل كونه صفة و ثبت كونه ذاتا

Ertinya: Seandainya Allah itu perlu kepada tempat atau zat, maka Allah itu sifat. Sedangkan, seandainya Allah itu sifat, maka Allah itu tidak kesifatan dengan sifat-sifat “Ma’ani dan Ma’nawiyah”. Padahal sesungguhnya Allah itu kesifatan dengan sifat-sifat tersebut (Ma’ani dan Ma’nawiyah). Dan seandainya Allah itu tidak kesifatan dengan sifat-sifat tersebut, maka sesungguhnya tidak akan ada alam semesta. Dengan demikian, batallah atau tidak benar adanya Allah itu sifat, dan tetap atau benarlah adanya Allah itu Dzat.
 
Semoga bermanfaat :)
 
Sumber : Jundu Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan