Ahad, 21 Oktober 2012

7 GOLONGAN YANG MENENTANG QIAMUHU BINAFSIH



Berikut merupakan antara golongan yang menentang Qiamuhu Binafsih:
 
1) Kafir Nasrani
Mereka telah mengubah kitab Injil yang asli. Diantaranya ialah sifat-sifat Allah. Mereka mengatakan bahawa Tuhan itu trinitas, yakni gabungan tiga oknum (penggabungan antara ayah, anak dan roh kudus), tiga jirim/jauhar. Antaranya:

- Jelmaan wujud menjadi Allah
- Jelmaan ilmu menjadi putra (Isa)
- Jelmaan hayat menjadi Ruhul Quddus (Jibril)

Surah Al-Maidah (5) Ayat 13 membuktikan kesalahan kafir Nasrani:
"(Tetapi) kerana mereka (orang-orang Nasrani) melanggar janji, Kami kutuk perbuatan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras seperti batu. Mereka telah mengubah firman Allah dari tempat-tempatnya (Injil asli), dan mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang telah diperingatkan kepadanya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat sifat khianat mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak khianat)."

Daripada ayat tersebut jelas menunjukkan mereka menyimpang dari ketentuan Qiamuhu Binafsih. Mereka beranggapan bahawa Allah rangkaian tiga jirim.

Pendapat kafir Nasrani ini didakwakan oleh Allah kepada Nabi Isa AS:
"Wahai Isa! Apakah umatmu diperingatkan untuk menyembahmu? Dengan spontan Nabi Isa menolak: Ya Allah ! Maha Suci Engkau, aku tidak pernah mengatakan sedemikian."

Kisah ini dijelaskan lagi didalam Surah Al-Maidah (5) Ayat 116 bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Allah berfirman: Wahai Isa putra Mariyam! Apakah kamu mengatakan kepada manusia; jadikan aku dan ibuku tuhan selain Allah?. Isa menjawab, Maha Suci Engkau, tidak patut bagiku mengatakan yang bukan haq. Jika aku pernah mengatakan hal tersebut, maka sudah tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, dan aku tidak tahu apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui kepada perkara ghaib."


2) Kafir Bathiniyyah
Mereka mengatakan bahawa Allah tidak bersifat Qiamuhu Binafsih kerana Allah berada dalam tubuh badan manusia, sehingga menghilangkan syari'at Islam. Ini kerana komando perintah Allah bergantung kepada kemahuan manusia itu sendiri. Perintah Allah yang ada di dalam Al-Quran turut mereka simpangkan kepada yang sesuai dengan nafsunya, seperti perintah solat. Mereka mengatakan cukup dengan niat sahaja, zakat bermaksud membersihkan diri dari sifat-sifat yang kotor dan sebagainya.
 
3) Kafir Falasifah
Mereka mendakwa alam ini Qadim dan Allah terdapat didalamnya. Pergerakan alam bererti pergerakan Allah juga. Aqidah ini adalah dibawah puak kafir Ibaniyah, Dahriyah, Safsathoh atau materialisme dan komunisme.
 
4) Kafir Mujasimah
Yang mengiktikadkan bahawa Allah itu berdiri dengan kakinya dibumi dan kepalanya di 'Arasy, berbentuk orang muda atau orang-orang tua.
 
 

 
5) Kafir Mujasimah Nuroniyah
Yang mengiktikadkan bahawa Allah adalah sinar langit dan bumi. Mereka mengiktikadkan dengan firman Allah Surah An-Nur (24) Ayat 35:
"Allah adalah cahaya langit dan bumi" sedangkan ayat sebenarnya ialah "Allah yang menyinari langit dan bumi"
 
6) Kafir Karomiyyah
Golongan ini dinamakan Karomiyyah kerana ketuanya adalah "Ibnul Karom". Mereka adalah sebahagian dari yang ke-22 golongan Syi'ah. Mereka mengiktikadkan bahawa Allah itu bertempat di arasy dan ada juga mengatakan bahawa Allah menitis.
 
7) Kafir Yahudi
Mereka menganggap bahawa Allah itu mempunyai anak lelaki iaitu Uzair, hanya hayat Allah dipegang oleh Allah sendiri, sedangkan ilmunya dipegang oleh Uzair sebagai anak lelaki, dan kekuasaanya dipegang oleh Malaikat. Pendapat ini adalah ubahan dari kitab Taurat yang asli, sepertimana dijelaskan didalam Surah At-Taubah (9) Ayat 30 bermaksud:
 



"Dan orang Yahudi berkata bahawa Uzair itu adalah anak Allah"

 
 
Apabila seseorang itu beranggapan bahawa Allah itu ada di atas (arah), tapi mengiktikadkannya atas ma'nawi bukan hissi, maka orang tersebut tidak termasuk kafir. Hanya disebut sebagai mukmin Jahil.
 
Dan apabila ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai kedudukan di Arasy-Nya sebagai realisasi pembekuan kata "Istiwa", dan tidak mengiktikadkan bahawa Allah tidak bertempat, maka Ulama Salaf berpendapat ini tidak dikira kufur. Ia hanya dosa besar.


Sumber: Komunitas Muslim
 
   
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan